Propellerads

MENGEJUTKAN! Budak 2 Tahun Maut Dijangkiti Difteria, Ibu Mangsa Cerita Kejadian Sebenar

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia, seorang kritikal manakala lima lagi adik-beradiknya dikuarantin di Ho...

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia, seorang kritikal manakala lima lagi adik-beradiknya dikuarantin di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dipercayai akibat dijangkiti bakteria difteria.

Muhammad Haris Haikal, 2, dari Flat Paya Nahu dikatakan mengalami sakit tekak beberapa hari lalu sebelum sesak nafas kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Keadaannya yang semakin kritikal dan koma menyebabkan kesnya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12 tengah malam hari yang sama.

Ibunya, Zalifah Husain, 40, berkata, anaknya merupakan seorang yang aktif dan periang sebelum ini namun enggan bercakap dua hari lalu kemungkinan sakit tekak.
“Dia tak mahu minum susu dan tak mahu cakap. Bila nak apa-apa, dia hanya tunjuk-tunjuk sahaja,” katanya.
 “Pagi sebelum ke hospital, dia nak Nestum dan bila saya bancuh dia minum,” katanya    menceritakan kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Akibat kejadian, enam lagi anaknya yang mempunyai tanda serupa seperti demam dan sakit tekak diminta melakukan pemeriksaan di hospital dan akhirnya ditahan untuk rawatan lanjut.


Antaranya, Seri Adriana Qistina, 11, Seri Myra Arisa, 10, Seri Kaisara Afrina,8, Mikhail Zulkarnain,4 dan Muhammad Taufik Iskandar,3, kini berada dalam pemerhatian doktor di HSAH.

Manakala, anak bongsu, Muhammad Rusyaidi Rezki, 10 bulan, dikatakan kritikal dan dikejarkan ke HSB.

Zalifah berkata, dia langsung tidak menyangka  demam dan sakit tekak biasa yang disangkanya itu merupakan petanda serangan bakteria berkenaan yang merebak  pantas sehingga menyebabkan anaknya meninggal dunia.

Menurutnya, biarpun  bilangan anaknya ramai iaitu 14 orang, tetapi pemergian salah seorang daripadanya amat terasa satu kehilangan.
“Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Allah. Alhamdulillah proses pengebumian berjalan lancar dan semoga arwah ditempatkan di syurga Allah,” katanya.
Difahamkan, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda mula melakukan siasatan dengan berkunjung ke rumah mangsa bagi mendapatkan maklumat lengkap dan berkongsi maklumat berhubung gejala itu.

Kelmarin media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria di Melaka.

Sumber: Sinar Harian




SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: MENGEJUTKAN! Budak 2 Tahun Maut Dijangkiti Difteria, Ibu Mangsa Cerita Kejadian Sebenar
MENGEJUTKAN! Budak 2 Tahun Maut Dijangkiti Difteria, Ibu Mangsa Cerita Kejadian Sebenar
https://4.bp.blogspot.com/-Lu9xmgRxGak/V2tmDOEORSI/AAAAAAAAPvg/pj6JEw_PcpEbBtZ-mCFRm9-3pbqXTLF5gCLcB/s1600/dIFTERIA.png
https://4.bp.blogspot.com/-Lu9xmgRxGak/V2tmDOEORSI/AAAAAAAAPvg/pj6JEw_PcpEbBtZ-mCFRm9-3pbqXTLF5gCLcB/s72-c/dIFTERIA.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/mengejutkan-budak-2-tahun-maut.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/mengejutkan-budak-2-tahun-maut.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy