Propellerads

Rintihan Merutun Jiwa Kanak- Kanak Ini Apabila Disambar Api Sangat Menyentuh Hati!

KUALA KRAI: Murid Tahun 1, Saifuddin Ismail Din, 7, menahan kesakitan apabila bahagian muka, badan serta kakinya melecur 15 peratus akibat ...

KUALA KRAI: Murid Tahun 1, Saifuddin Ismail Din, 7, menahan kesakitan apabila bahagian muka, badan serta kakinya melecur 15 peratus akibat di­sambar api semasa ibunya sedang mengisi minyak di sebuah stesen di Guchil, Kuala Krai semalam.
Rintihan Merutun Jiwa Kanak- Kanak Ini Apabila Disambar Api Sangat Menyentuh Hati!

Rintihan beliau kedengaran apabila dia tidak mahu mati lagi kerana ingin menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. 
“Allah tolong. Abang Chik tak nak mati dulu. Abang Chik nak raya," luahnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, api secara tiba-tiba menyambar mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang. Ketika itu, mang­sa dikatakan sedang bermain pemetik api tanpa pengetahuan ibunya yang berada di luar kenderaan. 

Ibu mangsa, Zakiah Mohd. Det, 31, memberitahu, mereka berdua baru selesai menghantar bekalan cendol di pasar dengan menaiki kereta Proton Wira sebelum singgah di stesen minyak. 


Katanya, dalam masa sama, anak ketiga daripada empat beradik itu merengek dan merajuk mahu pulang ke rumah cepat ke­rana tidak dibenarkan singgah di kedai RM2 di bandar Kuala Krai. 
“Semasa sedang mengisi mi­nyak, api menyambar secara tiba-tiba memenuhi ruang dalam kereta. Api bermula dan marak di pintu kanan, jadi saya terus berlari mahu membuka pintu se­belah kiri namun berkunci. 
“Saya kembali ke pintu kanan dan nekad masuk ke dalam kereta untuk menarik Saifuddin keluar meskipun api masih marak ketika itu. “Hanya Allah SWT tahu pe­rasaan saya. Jika diri sendiri hangus atau kereta itu meletup, saya tidak kisah asalkan anak selamat,” katanya ketika ditemui di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini. 
Katanya, sebelum kejadian, dia ternampak Saifuddin bermain pemetik api lalu merampas dan menyoroknya di bahagian hadapan kereta. Zakiah juga tidak mengetahui dari mana anaknya itu mendapat pemetik api kerana suaminya tidak merokok. 
“Alhamdulilah dia sudah stabil dan bertambah baik hari ini. Cuma doktor beritahu, dia mungkin lama di wad kerana kulitnya yang melecur itu agak sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman. Mungkin kami beraya di hospital,” katanya. 
Ketika mahu menyelamatkan Saifuddin, Zakiah turut disambar api dan melecur di bahagian atas tangan kanannya.

Sumber: Utusan Online

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Rintihan Merutun Jiwa Kanak- Kanak Ini Apabila Disambar Api Sangat Menyentuh Hati!
Rintihan Merutun Jiwa Kanak- Kanak Ini Apabila Disambar Api Sangat Menyentuh Hati!
https://2.bp.blogspot.com/-0tx4Fu06C70/V24jP0KEeVI/AAAAAAAAPys/FsVlUoXqooUTqT5f-uhNE527YjfboN1pgCLcB/s1600/Terbakar%2B1.png
https://2.bp.blogspot.com/-0tx4Fu06C70/V24jP0KEeVI/AAAAAAAAPys/FsVlUoXqooUTqT5f-uhNE527YjfboN1pgCLcB/s72-c/Terbakar%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/rintihan-merutun-jiwa-kanak-kanak-ini.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/rintihan-merutun-jiwa-kanak-kanak-ini.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy