Propellerads

TAK MASUK AKAL! Lelaki Ini Cuba 'Hidupkan' Semula Ibunya Yang Telah Mati Sehinggakan....

JAKARTA: Gara-gara percayakan mimpi bahawa ibunya belum mati walaupun telah dikebumikan, seorang lelaki sanggup menggali kubur dan membawa ...

JAKARTA: Gara-gara percayakan mimpi bahawa ibunya belum mati walaupun telah dikebumikan, seorang lelaki sanggup menggali kubur dan membawa pulang mayat ibunya atas alasan untuk "menghidupkan" semula mayat itu.

Perbuatan pelik lelaki dikenali sebagai Supriyanto, 47, dari Kampung Dusun Ngrancang di Kedu, Daerah Temanggung, Jawa Tengah itu hanya disedari oleh penduduk kampung setelah sebulan kejadian itu berlaku dan kemudiannya membuat laporan polis pada Rabu.

Agensi berita Antara memetik Ketua Polis Temanggung Wahyu Wim Hardjanto sebagai berkata, polis telah menahan lelaki terbabit bersama dua lagi rakannya yang membantu menggali kubur dan membawa pulang mayat wanita bernama Parimah.

Katanya, Parimah, 70, meninggal dunia pada 14 April lepas dan setelah 40 hari dikebumikan, Supriyanto yang juga anak sulung Allahyarham meminta bantuan enam rakannya untuk menggali dan membawa pulang mayat ibunya dengan mempengaruhi mereka bahawa dia telah bermimpi ibunya boleh hidup semula dengan mengadakan upacara tertentu.
"Kami dapat maklumat dari masyarakat adanya perbuatan pembongkaran (penggalian) mayat oleh anak kandung almarhumah sendiri. Kejadian pembongkaran ternyata sudah dilakukan sejak bulan Mei 2016 dengan alasan dia boleh menghidupkan kembali ibunya," katanya.
Wahyu berkata hasil siasatan mendapati Supriyanto bersama enam rakannya itu telah menggali kubur dan membawa pulang mayat Parimah pada tengah malam 25 Mei lepas dan mayat itu disimpan dalam rumah Supriyanto.

Sementara itu, menurut laporan portal berita merdeka.com, Supriyanto memberi alasan berbuat demikian kerana dia terlalu sayangkan ibunya dan mendapat mimpi bahawa ibunya itu hanya pengsan dan boleh dihidupkan semula.

Akibat perbuatan aneh dan melanggar undang-undang itu, Supriyanto dan kawan-kawannya akan didakwa di bawah Pasal 180 undang-undang negara yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: TAK MASUK AKAL! Lelaki Ini Cuba 'Hidupkan' Semula Ibunya Yang Telah Mati Sehinggakan....
TAK MASUK AKAL! Lelaki Ini Cuba 'Hidupkan' Semula Ibunya Yang Telah Mati Sehinggakan....
https://2.bp.blogspot.com/-LlgnfZstXrk/V2t-xl0OYsI/AAAAAAAAPvw/s7RNCxTUqm8k8uLCj4KCl02GmB4mbL2fgCLcB/s1600/Mati%2B3.png
https://2.bp.blogspot.com/-LlgnfZstXrk/V2t-xl0OYsI/AAAAAAAAPvw/s7RNCxTUqm8k8uLCj4KCl02GmB4mbL2fgCLcB/s72-c/Mati%2B3.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/tak-masuk-akal-lelaki-ini-cuba-hidupkan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/tak-masuk-akal-lelaki-ini-cuba-hidupkan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy