Propellerads

UNDANG PADAH Apabila Mercun Bola Tiba-Tiba Meletup Sehinggakan...

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 17 tahun terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam kedukaan apabila tiga jari kanannya hancur setela...

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 17 tahun terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam kedukaan apabila tiga jari kanannya hancur setelah mercun bola yang dipegangnya meletup dalam kejadian di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Nik Rashidi Azman dikatakan bermain mercun itu bersama adiknya, Nik Ridwan Azman, 15, di kawasan rumah jiran mereka.

Akibat insiden berkenaan anak ketiga daripada lima beradik itu turut mengalami kecederaan di bahagian muka.

Ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa di rumah sebelum dimaklumkan oleh Nik Ridzwan bahawa jarinya abang­nya berdarah akibat mercun tersebut.


Katanya, Nik Ridwan memberitahunya bahawa mercun yang dipegang abangnya itu meletup di tangan sebelum sempat dilemparkan ke arah lain.
“Akibat daripada kejadian itu, jari telunjuk, jari tengah dan jari manisnya hancur sehingga menampakkan tulang. Bagaimanapun adik, Nik Ridwan tidak me­ngalami sebarang kecederaan,” katanya.
Tambah Ungku Aznah, anak­nya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Krai oleh penduduk sekitar sebelum dirujuk ke HRPZ II bagi mendapat rawatan susulan malam tadi.
“Saya bimbang, kecederaan yang dialami Nik Rashidi begitu teruk. Hari ini jururawat mencuci luka kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman. Saya sedih melihat dia menahan sakit ketika proses tersebut,” katanya.
Katanya, dia tidak pasti dari mana mereka mendapatkan mercun memandangkan sebelum ini anaknya itu jarang bermain bahan berbahaya itu.

Katanya, dia juga selalu menasihatkan anak-anaknya supaya tidak bermain mercun kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
“Dengan 10 hari lagi menjelang Aidilfitri, saya cukup berharap Nik Rashidi cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah menyambut hari raya bersama keluarga,” katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: UNDANG PADAH Apabila Mercun Bola Tiba-Tiba Meletup Sehinggakan...
UNDANG PADAH Apabila Mercun Bola Tiba-Tiba Meletup Sehinggakan...
https://2.bp.blogspot.com/-uhfp2y1Ig-g/V29asqI5RAI/AAAAAAAAP10/fuEkpU8_H8cMAk6tmSv1hYw8j5RVtlu8gCLcB/s1600/Mercun.png
https://2.bp.blogspot.com/-uhfp2y1Ig-g/V29asqI5RAI/AAAAAAAAP10/fuEkpU8_H8cMAk6tmSv1hYw8j5RVtlu8gCLcB/s72-c/Mercun.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/undang-padah-apabila-mercun-bola-tiba.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/undang-padah-apabila-mercun-bola-tiba.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy