Propellerads

Viral Penghadang Bergerak Dalam Masjid, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

JASIN: Rakaman CCTV mengenai kejadian penghadang ruang solat yang didakwa bergerak sendiri di Masjid Jamek Tadong, dekat sini, mendapat per...

JASIN: Rakaman CCTV mengenai kejadian penghadang ruang solat yang didakwa bergerak sendiri di Masjid Jamek Tadong, dekat sini, mendapat perhatian orang ramai sejak ia mula diviralkan di laman sosial, kelmarin.

Pengerusi lembaga masjid berkenaan, Datuk Akhbar Ali berkata, beliau turut memuat naik rakaman video berdurasi 1.48 saat di Facebooknya setelah dimaklumkan oleh salah seorang jawatankuasa masjid mengenai kejadian pelik yang berlaku di bahagian pintu belakang masjid sebelum Ramadan ini.

Menurutnya, tujuan beliau memuat naik rakaman berkenaan bukanlah untuk menakutkan jemaah yang hendak bersolat di masjid itu, namun kejadian itu seharusnya dipandang positif tentang kebesaran ALLAH SWT, lebih-lebih lagi ianya berlaku di rumah ALLAH.


Katanya, usaha itu juga dapat menyangkal pandangan orang ramai yang mengaitkan kejadian terbabit dengan perkara mistik susulan sejak ia diviralkan, terdapat pelbagai komen daripada netizen sama ada positif mahupun negatif.
"Mungkin ada yang pandang kejadian pelik itu untuk menakutkan-menakutkan jemaah tetapi nawaitu saya hendak menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang ada di mana-mana.
"Kita juga kena yakin wujudnya makhluk ghaib dan sebagainya, namun semuanya terpulang kepada persepsi masyarakat itu sendiri. Malah, kejadian ini sekali gus mempopularkan nama masjid yang baharu dibina atas tanah wakaf," katanya.
Sementara itu, bagi siak masjid, Zakaria Lani, yang merupakan orang terawal melihat rakaman video CCTV itu berkata, rakaman berkenaan berlaku pada 25 Mei lalu ketika dia mahu menyaksikan rakaman aktiviti pelajar yang menjalankan program qiamullail di masjid tersebut.

Menurutnya, dia yang menonton bersama seorang lagi ahli jawatankuasa masjid pada mulanya terkejut memandangkan penghadang itu seolah-olah digerakkan oleh seseorang dalam beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Bagaimanapun, kata Zakaria, dia menganggap kejadian itu sebagai satu hikmah apabila golongan muda kampung itu merancang untuk beriktikaf di masjid pada waktu malam sekali gus dapat mengimarahkan masjid berkenaan.
"Kita tak pernah menghalang mereka yang ingin beriktikaf di masjid, walaupun pada mulanya niat mereka nak terserempak dengan kejadian seperti itu, namun saya difahamkan mereka juga nak melakukan qiamullail.
"Saya tak rasa ia bertujuan nak menakutkan tapi lebih kepada kebesaran Yang Maha Esa," katanya
Sumber: Sinar Harian


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Viral Penghadang Bergerak Dalam Masjid, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!
Viral Penghadang Bergerak Dalam Masjid, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!
https://3.bp.blogspot.com/---jHnZ7zgd4/V2JHPxoG2-I/AAAAAAAAPcA/psNBL7yKZPEkPlvJxSyNVq8s1hDYNeEmgCLcB/s1600/Masjid.png
https://3.bp.blogspot.com/---jHnZ7zgd4/V2JHPxoG2-I/AAAAAAAAPcA/psNBL7yKZPEkPlvJxSyNVq8s1hDYNeEmgCLcB/s72-c/Masjid.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/viral-penghadang-bergerak-dalam-masjid.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/viral-penghadang-bergerak-dalam-masjid.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy