Propellerads

Zamani Slam DEDAH Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi? Rupa-rupanya Bakal Isteri Dia....

Vokalis kumpulan Slam, Zamani sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya. Namun ketika diasak soalan mengenai...

Vokalis kumpulan Slam, Zamani sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya. Namun ketika diasak soalan mengenai identiti bakal isterinya itu, Zamani enggan mendedahkannya sebaliknya hanya mengakui mereka sudah lama berkawan.
"Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini," katanya. 
Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu juga enggan terburu-buru menguar-uarkan perancangan perkahwinannya kerana bimbang tidak menjadi kenyataan. 
"Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. 
ARTIKEL MENARIK: Mahu Pinang Lelaki Jadi Suami? Fida Ibrahim Jelaskan Keadaan Sebenar BIKIN PANAS!
"Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga. Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini. 
"Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat," katanya. 
Kata Zamani, sebelum menjadi suami, dia ingin memastikan dirinya betul-betul bersedia untuk menjalankan tanggungjawab itu. 
"Masih banyak lagi perkara berkaitan diri yang perlu saya betulkan. Saya pernah hanyut, jadi bukan senang untuk kembali. Saya masih perlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Saya mencari calon isteri yang boleh menerima diri saya seadanya. 
"Tidak semua wanita memahami dan menerima keadaan saya. Seboleh mungkin, dia juga tidak melihat saya sebagai artis kerana banyak risiko yang akan dilalui apabila memilih untuk melayari bahtera rumah tangga," katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Zamani Slam DEDAH Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi? Rupa-rupanya Bakal Isteri Dia....
Zamani Slam DEDAH Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi? Rupa-rupanya Bakal Isteri Dia....
https://3.bp.blogspot.com/-t1mKWueCysE/V2ZRV2doVbI/AAAAAAAAPko/UFHad8uqUKMqfSil_FhoUwZnOa4gm-M-ACLcB/s1600/Zamani%2B1.png
https://3.bp.blogspot.com/-t1mKWueCysE/V2ZRV2doVbI/AAAAAAAAPko/UFHad8uqUKMqfSil_FhoUwZnOa4gm-M-ACLcB/s72-c/Zamani%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/06/zamani-slam-dedah-bakal-berkahwin-tidak.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/06/zamani-slam-dedah-bakal-berkahwin-tidak.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy