Propellerads

Beli Tudung Cecah Ribuan Ringgit Tidak Boros? Sindiran PEDAS Lelaki Ini Bikin SENTAP!

Susulan viral di laman sosial tentang penjualan tudung yang berharga RM10 ribu menjadi perbualan hangat netizen. Jika dilihat wanita sanggu...

Susulan viral di laman sosial tentang penjualan tudung yang berharga RM10 ribu menjadi perbualan hangat netizen. Jika dilihat wanita sanggup habis beratus dan juga ribuan ringgit demi tudung.

Adakah membeli tudung dengan harga mahal itu boros? Sedangkan ia digunakan untuk melakukan perkara baik iaitu menutup aurat. Ikuti penjelasan dari Shamsuddin Kadir, konsaltan pengurusan kewangan mengenai isu ini. 

Bismillah. Nabi Muhammad (Peace be upon him).

Saya Shamsuddin Kadir diminta untuk mengulas tentang isu Tudung yang dijual ribuan ringgit untuk diletakkan di atas kepala.

Tandas di dalam Islam tidak bernilai, ianya hanya berguna untuk manusia melepaskan hajat, membersihkan diri dari segala kekotoran termasuk kekotoran pada luaran seperti lumpur, dan juga mandi hadas besar.

Walaupun kita membina tandas yang dibuat dari emas dan berlian, ianya tetap tidak bernilai di sisi Islam. Itulah tempat yang manusia tidak boleh berzikir, solat ataupun membaca Quran walaupun tandas itu dibuat dari emas permata.

Begitulah juga dengan tudung, ianya adalah untuk menutupi aurat yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Jika digunakan kain yang biasa, selagi mana ianya sudah menutup aurat, orang yang memakainya sudah mendapat pahala. Jika ianya menggunakan kain tudung yang mahal, selagi mana ianya menutup aurat, dia masih mendapat pahala sama dengan orang yang pakai tudung yang biasa ataupun sederhana harganya.

Seperti mana Masjid, ada orang menghabiskan ratusan juta ringgit untuk membina Masjid, sedangkan pahala solat berjemaah adalah 27 sahaja, sama dengan masjid yang dibina dengan harga RM 1 Juta, iaitu tetap dapat pahala 27.

Lebih baik dibuat beratus-ratus Masjid yang beharga RM 1 Juta, supaya lebih banyak tempat di bumi dapat didengari Azan dan memudahkan orang solat seperti solat Jumaat.

Hamba (Shamsuddin Kadir) selalu berkata, Bukan di atas kepala yang lebih penting, yang di dalam kepala itu yang lebih penting. iaitu Otak.

Ada yang berkata, suka hati akulah nak berbelanja duit aku!

Kena ingat, banyak ulama besar dunia yang tidak berkawan dengan orang yang menyembut perkataan aku punya, kerana bagi ulama ini, semua ini kepunyaan Allah, mereka lebih suka berkawan orang yang menggunakan perkataan kita berbanding saya.

Insyaa Allah Ada pesanan Nabi kepada manusia "Tidak sempurna imam seseorang yang tidak menyintai orang lain seperti MANA mereka menyintai diri mereka sendiri. Persoalannya sanggupkah kita membeli sehelai tudung yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit, dalam keadaan masa ramai manusia dunia termasuk yang berada 1 km dari kita yang sekarang dalam kesempitan hidup. Sempurnakah imam kita?

Surah Al Isra' Ayat 27 Insyaa Allah yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang pemboros @ membazir itu adalah saudara-saudara kepada Syaitan dan sesungguhnya Syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur terhadap Tuhannya.


Beli tudung yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit itu dilihat sebagai tidak boros?

Surah Taha Ayat 131 Insyaa Allah bermaksud "Janganlah kamu menuju kedua mata kamu ke atas keinginan yang telah kami berikan kepada beberapa golongan orang kafir untuk menikmatinya, yang merupakan keindahan dunia, kerana Kami ingin menguji mereka, sedangkan Akhirat itu lebih baik dan KEKAL.

Kena ingat tidak semua nikmat dunia untuk kita nikmati, sebahagian tuhan sudah khususnya untuk ahli Nar (Neraka)

Peringatan demi peringatan yang Allah ingatkan kita sebelum nyawa kita diambil.

Secara peribadi Walaupun saya dilahirkan dalam keluarga yang kaya ketika itu, di mana baju dan seluar sekolah saya semuanya ditempah, baju raya ditempah, dan baju jalan adalah 'Bush Jaket' seperti mana Tun Mahathir pakai, tetapi saya melihat Ayah saya tidak meletakkan emas permata di tempat yang tidak betul iaitu beliau tidak mengindahkan tandas.

Beliau membuat rumah yang menghadap lurus ke Kiblat, supaya apabila keluarga hendak solat berjemaah ianya selesa selari dengan bentuk rumah. Kami hidup dalam penuh sederhana dalam hal lain. Beliau memuji dan suka menantunya yang buka sejadah beliau, untuk solat, bukannya menantu yang bagi duit dan hadiah seperti di zaman ini.

Secara peribadi saya juga hidup dalam keadaan sederhana dan susah, kadang-kadang duit simpanan saya habis, terutamanya kerana membantu orang susah. Ada hari saya bangun dalam keadaan susah, kerana duit habis membantu orang susah, kadang-kadang saya bangun dalam keadaan orang sederhana, iaitu tidak memikirkan tentang duit.

Kita sekarang hidup bertahan sehingga nyawa dicabut, untuk memastikan kita membuat apa yang Allah suka, dan berusaha untuk meninggalkan dan menjauhkan perkara-perkara yang Allah tidak suka.

Insyaa Allah tempat kita menjadi Selebriti, Terkenal, Glamour, hanya di Jannah (Syurga) Allah. Didoakan Allah merahmati kita untuk mendiaminya selama-lamanya.

Ada lagi yang berkata "Suka hati akulah nak beli tudung yang berpuluh ribu, aku guna duit yang aku cari sendiri, suka hatilah aku nak belanja di mana!

Ya betul, antara yang paling berat di Akhirat adalah tentang harta, kerana Allah tanya dua kali.

Pertama, Dari mana kita dapat duit itu?

Kedua, Di mana kita belanjakan duit itu?

Kedua-duanya Allah mengambil kira secara serius.

Astaghfirullah. Wallahu A'lam.
Shamsuddin Kadir (Hamba Allah yang hina dina)

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Beli Tudung Cecah Ribuan Ringgit Tidak Boros? Sindiran PEDAS Lelaki Ini Bikin SENTAP!
Beli Tudung Cecah Ribuan Ringgit Tidak Boros? Sindiran PEDAS Lelaki Ini Bikin SENTAP!
https://4.bp.blogspot.com/-szN_nkZo4SE/V4m7ZmLIPRI/AAAAAAAAQdA/paQD1-hrooEUH2w3dR4VPaVVTiMNU91hgCLcB/s1600/Tudung%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-szN_nkZo4SE/V4m7ZmLIPRI/AAAAAAAAQdA/paQD1-hrooEUH2w3dR4VPaVVTiMNU91hgCLcB/s72-c/Tudung%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/beli-tudung-cecah-ribuan-ringgit-tidak.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/beli-tudung-cecah-ribuan-ringgit-tidak.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy