Propellerads

Dulu Berbadan Gempal Dan Sering Dibuli, Kini Miss Selangor Earth 2016!

Siapa kata untuk menjadi ratu cantik, anda perlu berpenampilan menarik atau digelar ‘goddess’ sejak di bangku sekolah lagi? Joanna Josep...

Siapa kata untuk menjadi ratu cantik, anda perlu berpenampilan menarik atau digelar ‘goddess’ sejak di bangku sekolah lagi?

Joanna Joseph yang baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Selangor Earth 2016 membuktikan bahawa setiap wanita boleh menjadi ratu cantik jika berusaha untuk mencapai impian tersebut.

Pada Ahad lalu, Joanna dari Klang berjaya meraih gelaran itu pada acara kemuncak Miss Selangor Earth 2016 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam.

Susulan itu, laman Facebook Miss Selangor Earth 2016 mengambil peluang berkongsi kisah motivasi bagaimana Joanna yang berbadan besar kini menjadi langsing bahkan seorang model.

Menurut Joanna yang berusia 19 tahun, sejak dari bangku sekolah lagi, dia sering mejadi mangsa buli kerana memiliki tubuh badan yang ‘gemuk’ dan tidak secantik gadis lain.

Ratu cantik itu juga menyifatkan hidupnya di bangku sekolah tinggi bagaikan ‘neraka’.
“Saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebih dan mungkin berkelihatan hodoh di mata mereka.
“Saudara-mara saya juga membuat hidup saya sengsara.
“Kemudian saya sedar, saya perlu berubah, kerana jika saya tidak mengambil sebarang tindakan, saya akan melaluinya sepanjang hidup saya.”
Tambah Joanna yang kini melanjutkan Diploma di Management Science University (MSU), dia terpaksa mengorbankan banyak perkara untuk memiliki apa yang dimilikinya sekarang.

ARTIKEL MENARIK: Gambar Terkini Dan BIODATA PENUH Munni, Pelakon Bajrangi Bhaijaan Yang Ramai Tidak Tahu!

Dia berjaya menurunkan berat badan dengan cara pemakanan yang baik, dan tidak pernah bergantung kepada sebarang pil penurun berat badan.
“Ini merupakan hasil yang diperoleh tanpa gimnasium dan pil-pil penurun berat badan. Hanya diet yang baik. Ini adalah usaha keras saya,” tulisnya.
Joanna berkata, dia pernah melihat ibunya sengsara selepas mengambil pil kurus, malah tidak mahu makan apa-apa.
"Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa ubat-ubatan.
"Dan ini hasilnya. Saya akan bersenam bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak boleh?" jata Joanna mengakhiri kenyataannya.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada ayahnya atas sokongan yang diberikan sepanjang masa ini.

Kenyataan itu kini viral di media sosial sehingga dikongsi lebih dari 3,000 kali.

Netizen menyifatkan kisah Joanna sebagai satu inspirasi kepada golongan wanita, serta mengucapkan tahniah kepada ratu itu kerana berjaya mencapai matlamatnya.
Ada juga yang meminta tip-tip senaman dan makanan yang diamalkan oleh Joanna dalam ruang komen.

Menurut seorang jurucakap Miss Selangor Earth 2016 kepada Astro AWANI, Joanna merupakan ratu rantik yang pertama untuk mewakili Selangor dalam pertandingan Miss Malaysia Earth 2016. 

Tambah mereka, Joanna akan bertanding dalam Miss Malaysia Earth 2016 pada 7 August ini di Ipoh.


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Dulu Berbadan Gempal Dan Sering Dibuli, Kini Miss Selangor Earth 2016!
Dulu Berbadan Gempal Dan Sering Dibuli, Kini Miss Selangor Earth 2016!
https://4.bp.blogspot.com/-SCuLiSk7t88/V5hylCXS4HI/AAAAAAAAQ2g/MflbZPRGtzk9QOIjWx0F6QctNWtnhw3JQCLcB/s1600/Ratu%2BCantik.png
https://4.bp.blogspot.com/-SCuLiSk7t88/V5hylCXS4HI/AAAAAAAAQ2g/MflbZPRGtzk9QOIjWx0F6QctNWtnhw3JQCLcB/s72-c/Ratu%2BCantik.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/dulu-berbadan-gempal-dan-sering-dibuli.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/dulu-berbadan-gempal-dan-sering-dibuli.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy