Propellerads

GEMPAR! Pocong Muncul Di Jalan Kebun? Ini CERITA SEBENAR Yang Berlaku

SHAH ALAM: Sebahagian besar penduduk Kampung Jalan Kebun di sini, gerun, takut dan bimbang keluar malam selepas digemparkan dengan kisah pe...

SHAH ALAM: Sebahagian besar penduduk Kampung Jalan Kebun di sini, gerun, takut dan bimbang keluar malam selepas digemparkan dengan kisah penemuan pocong sejak malam kelmarin.

Lebih menyeramkan, lembaga putih yang kelihatan di satu lokasi di taman perumahan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif lebih-lebih lagi setelah ia menjadi viral di laman sosial Facebook.

Menerusi rakaman video amatur berdurasi 20 saat itu, kelibat pocong yang sedang berdiri tegak seolah-olah memerhatikan sekumpulan remaja yang kebetulan dapat merakam imej berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati, video tersebut mendapat 103,096 tontonan sebelum dipadamkan 'admin' grup Facebook berkenaan.

Pemilik akaun Facebook Alif yang juga penduduk asal Jalan Kebun meminta mana-mana pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar supaya tidak menokok tambah cerita mengenai kelibat pocong berkenaan.
"Cerita ini menyebabkan penduduk atau orang luar yang melalui Jalan Kebun akan jadi takut bila tiba waktu malam.
"Untuk pengetahuan awam, gambar hantu pocong kat tepi jalan tu sebenarnya tipu dan bukannya betul sebab edit.
"Saya tak pasti siapa yang tangkap dan pasal video itu pun tipu juga," katanya.
Sementara itu, DjAzwan pula berkata, informasi kejadian di kampung itu adalah benar dan pertama kali berlaku pada awal Syawal.

"Telah tiga hari berturut-turut dan Insya-ALLAH telah selesai selepas dikembalikan di tempat asalnya dan kawasan perumahan tersebut dipagar," katanya.
Eja Aira pula berkata, dia bimbang jika ada aktiviti khurafat di kawasan berkenaan.
"Ada aktiviti kurafat ke? Nauzubillahiminzalik... Minta dijauhkan la... Tak risau pasal hantu tapi risau akidah manusia," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Jalan Kebun, Mohd Salehan Tahir berkata, dakwaan di Facebook  itu tidak benar sama sekali.
“Ia sengaja direka cerita pihak tertentu untuk menakutkan kira-kira 20,000 penduduk melibatkan 15 kariah di sini.
“Pocong tak wujud di kampung ini,” katanya tegas kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kisah kewujudan pocong di kampung itu tersebar dua malam lalu.
“Malam kelmarin penduduk memaklumkan kepada saya khabar angin itu.
“Jadi kami berpakat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk kampung buat rondaan menjejaki kewujudan pocong itu.
“Mereka yang berkawal dari Lorong Haji Bani dan Haji Bakar hingga jam 4 pagi tak jumpa apa-apa kesan,” katanya.
Bagi terus menjejaki bukti, katanya, pagi tadi (semalam) pihaknya dan beberapa penduduk membuat lawatan dan pemeriksaan ke Tanah Perkuburan Islam Batu 9.
“Namun tak wujud kesan korekan pada kubur atau sebarang amalan khurafat di situ sebaliknya, apa yang ditemui hanyalah kerja membaik pulih kubur lama yang mana mereka letak botol sebagai tanda di tempat itu ada kubur lama.
“Kerja-kerja tersebut dilakukan penduduk kariah Wetan dan ia telah disahkan mereka yang terlibat dalam kerja tersebut,” katanya.
Beliau turut meluahkan kekesalan dengan pihak tertentu yang mengaitkan kampung itu dengan pocong.
“Saya tak tahu apa niat mereka namun tindakan itu tak melemahkan penduduk.
“Cerita itu tak berapa panas di sini, saya lihat penduduk hidup seperti biasa,” katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: GEMPAR! Pocong Muncul Di Jalan Kebun? Ini CERITA SEBENAR Yang Berlaku
GEMPAR! Pocong Muncul Di Jalan Kebun? Ini CERITA SEBENAR Yang Berlaku
https://4.bp.blogspot.com/-4fFTKgsQny4/V4wuFyYZxOI/AAAAAAAAQhA/9XbMxEOHUWkRGVGdP5yM2-Cf-yVJBZpiACLcB/s1600/Pocong%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-4fFTKgsQny4/V4wuFyYZxOI/AAAAAAAAQhA/9XbMxEOHUWkRGVGdP5yM2-Cf-yVJBZpiACLcB/s72-c/Pocong%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/gempar-pocong-muncul-di-jalan-kebun-ini.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/gempar-pocong-muncul-di-jalan-kebun-ini.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy