Propellerads

Inilah PUNCA SEBENAR Kubur Bayi Lelaki Terpaksa Digali Semula Setelah Ditanam!

KAMPUNG RAJA: Pihak polis terpaksa menggali semula kubur dipercayai milik seorang bayi lelaki selepas dikebumikan ahli keluarga tanpa keben...

KAMPUNG RAJA: Pihak polis terpaksa menggali semula kubur dipercayai milik seorang bayi lelaki selepas dikebumikan ahli keluarga tanpa kebenaran di tanah perkuburan Islam Bandar Jertih, di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Inilah PUNCA SEBENAR Mayat Bayi Terpaksa Digali Semula Setelah Ditanam!

Ketua Polis Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, tindakan itu diambil susulan laporan polis dibuat pihak Hospital Besut mengenai seorang pesakit wanita berusia 21 tahun yang datang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, kira-kira jam 11 malam, Ahad lepas.

Menurutnya, pihak hospital mendakwa wanita yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta itu memberitahu telah melahirkan anak di dalam tandas rumahnya, bagaimanapun bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Menurutnya, wanita itu memberitahu pihak hospital yang jenazah bayinya dikebumikan ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bandar Jertih, sementara abang kandungnya membuat laporan polis menyatakan pesakit dan bayinya dibawa ke hospital.
“Pegawai perubatan dan hospital menafikan ada menerima serta mengesahkan punca kematian dan memberi kebenaran mengebumikan bayi tersebut,” katanya.
Susulan itu, polis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula kubur bayi lelaki tersebut yang ditanam pada malam Ahad.
“Selepas mendapat perintah mahkamah, sepasukan anggota forensik menggali semula kubur tersebut yang turut disaksikan abang wanita itu untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Kata Mohd Zamri, mayat bayi cukup sifat tersebut dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris wanita itu untuk dikebumikan semula.


Menurutnya, wanita belum bersuami itu dikatakan melahirkan bayi tersebut di dalam tandas rumahnya di sebuah kampung yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada kubur tersebut dan dia kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Hasil bedah siasat mendapati tidak ada unsur jenayah yang menyebabkan punca kematian bayi tersebut, namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk usaha mengesan pasangan wanita itu.

Menurutnya, bayi lelaki tersebut dipercayai dilahirkan cukup bulan dan sebelum ini ahli keluarga dikatakan tidak mengetahui wanita itu mengandung.
“Wanita itu tidak tinggal bersama keluarga kerana belajar di kolej swasta di luar daerah ini dan pulang ke rumah sempena Aidilfitri baru-baru ini. Ahli keluarga mengetahui selepas wanita itu mengadu sakit perut dan bersalin, sebelum membawanya ke hospital memandangkan berlaku kecederaan pada vagina,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Inilah PUNCA SEBENAR Kubur Bayi Lelaki Terpaksa Digali Semula Setelah Ditanam!
Inilah PUNCA SEBENAR Kubur Bayi Lelaki Terpaksa Digali Semula Setelah Ditanam!
https://1.bp.blogspot.com/-2uBmUyStLZM/V4XzxVEFAlI/AAAAAAAAQXc/VqzXfiCJo8Awqru5x0HAt7IiJAzQ5ooqwCLcB/s1600/Gali%2BKubur.png
https://1.bp.blogspot.com/-2uBmUyStLZM/V4XzxVEFAlI/AAAAAAAAQXc/VqzXfiCJo8Awqru5x0HAt7IiJAzQ5ooqwCLcB/s72-c/Gali%2BKubur.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/inilah-punca-sebenar-mayat-bayi.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/inilah-punca-sebenar-mayat-bayi.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy