Propellerads

Kes Tembak Mati Lelaki Di Lampu Isyarat, Rakan Mangsa DEDAH Sesuatu Yang Mengejutkan!

KUALA LUMPUR: Semalam seorang lelaki maut serta merta apabila sebanyak 18 tembakan dilepaskan di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu...

KUALA LUMPUR: Semalam seorang lelaki maut serta merta apabila sebanyak 18 tembakan dilepaskan di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang kira-kira jam 3.35 petang. 

Namun, rakan mangsa mendedahkan pengurup wang yang ditembak maut  semalam baru sahaja dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.
"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada  Bernama.
"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak  mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa,"  katanya.
Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang  menyaksikan 18 das tembakan dan 10 daripadanya mengenai mangsa dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal.


Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.
"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai  sebagai Sazwan.
Sazwan berkata, beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.
"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan.
"Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya," katanya.
Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan. Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian. 


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Kes Tembak Mati Lelaki Di Lampu Isyarat, Rakan Mangsa DEDAH Sesuatu Yang Mengejutkan!
Kes Tembak Mati Lelaki Di Lampu Isyarat, Rakan Mangsa DEDAH Sesuatu Yang Mengejutkan!
https://1.bp.blogspot.com/-Mf64Ayb-7VQ/V5lcIbLzHiI/AAAAAAAAQ2w/uGWzNDhngRItbYd0UIamT_sy5ZSVh2jeACLcB/s1600/Tembak%2B1.png
https://1.bp.blogspot.com/-Mf64Ayb-7VQ/V5lcIbLzHiI/AAAAAAAAQ2w/uGWzNDhngRItbYd0UIamT_sy5ZSVh2jeACLcB/s72-c/Tembak%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/kes-tembak-mati-lelaki-di-lampu-isyarat.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/kes-tembak-mati-lelaki-di-lampu-isyarat.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy