Propellerads

PENDEDAHAN TERKINI Mengenai Kehilangan MH370 Cetus Tanda Tanya Orang Ramai!

PERTH: Penyiasat kemalangan dari Australia mendedahkan kepada AirlineRatings.com bahawa data menunjukkan MH370 mungkin menurun pada tahap ...

PERTH: Penyiasat kemalangan dari Australia mendedahkan kepada AirlineRatings.com bahawa data menunjukkan MH370 mungkin menurun pada tahap sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit dalam detik-detik sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama-sama 239 orang penumpang dan anak kapal. 

Dalam temu bual beliau yang pertama selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood memberitahu AirlineRatings.com di Perth, Australia Barat, bahawa komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 pada minit-minit terakhirnya menunjukkan bahawa kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada kira-kira 5,400 kaki (1200 meter) seminit sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit. 

Peningkatan besar itu menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa sedang mengendalikan pesawat itu, kata beliau. Wawancara eksklusif dengan AirlineRatings.com itu diadakan selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai satu program simulator penerbangan yang dimiliki oleh juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di komputer di rumahnya yang mendakwa beliau telah meluncurkan pesawat Boeing 777 itu dalam satu pendaratan ke dalam air yang terkawal dan bahawa ATSB sedang membuat pencarian di tempat yang salah. 


Hood juga memberitahu AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu bukan sesuatu yang baharu. 
"Kami telah mengetahui mengenai laporan FBI itu selama dua tahun dan ia telah dilaporkan secara meluas di dalam media pada masa itu. Ia bukan satu perkara baharu." 
Namun Hood menegaskan kepada AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu hanya "berkemungkinan menunjukkan terdapat perancangan dan mungkin niat, tetapi ia tidak memberitahu kita di mana pesawat itu berada. 
"MH370 hilang dalam keadaan penuh misteri pada 8 Mac 2014, selepas perhubungan dari pesawat itu terputus semasa apa yang sepatutnya adalah satu penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
Bagaimanapun Hood masih yakin untuk menemui MH370 pada bulan-bulan akan datang. Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata, pendedahan baharu oleh ATSB ini "menjelaskan lebih banyak maklumat mengenai saat-saat akhir tragedi MH370 itu." 
"Adalah amat penting bahawa ATSB, bagi pihak pasukan pencarian pelbagai negara itu, melenyapkan spekulasi yang merosakkan tentang apa yang mungkin atau tidak mungkin berlaku pada MH370," kata Thomas.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: PENDEDAHAN TERKINI Mengenai Kehilangan MH370 Cetus Tanda Tanya Orang Ramai!
PENDEDAHAN TERKINI Mengenai Kehilangan MH370 Cetus Tanda Tanya Orang Ramai!
https://2.bp.blogspot.com/-0Y6lCry0Y3g/V5m1HZPKXxI/AAAAAAAAQ54/1XmwygyQzyUlhNA4jsz62AnF9vBFuBukACLcB/s1600/MH370.png
https://2.bp.blogspot.com/-0Y6lCry0Y3g/V5m1HZPKXxI/AAAAAAAAQ54/1XmwygyQzyUlhNA4jsz62AnF9vBFuBukACLcB/s72-c/MH370.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/pendedahan-terkini-mengenai-kehilangan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/pendedahan-terkini-mengenai-kehilangan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy