Propellerads

Respon MENGEJUTKAN Mark Adam Mengenai Akaun Palsu Yang Mencetuskan Kontroversi Panas!

Penyanyi Mark Adam menegaskan dia tidak pernah mengutuk atau merendah-rendahkan kereta buatan Malaysia iaitu Proton di laman sosial milikny...

Penyanyi Mark Adam menegaskan dia tidak pernah mengutuk atau merendah-rendahkan kereta buatan Malaysia iaitu Proton di laman sosial miliknya yang menjadi viral sejak semalam.
Respon MENGEJUTKAN Mark Adam Mengenai Akaun Palsu Yang Mencetuskan Kontroversi Panas!

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, 37, berkata, perkara tersebut dilakukan oleh individu tidak berbertanggungjawab yang menyalahgunakan namanya di Facebook.
"Itu bukan Facebook saya dan saya tidak pernah membuat kenyataan tentang memburuk-burukkan kereta Proton di Facebook.
"Saya sedar kewujudan akaun ini sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa individu itu semakin melampau sehingga membuatkan orang ramai percaya.
"Saya sudah periksa Facebook itu dan ternyata bahasa yang digunakan dalam menulis status tidak seperti percakapan saya sebaliknya Bahasa Melayu yang betul," ujarnya.
Respon MENGEJUTKAN Mark Adam Mengenai Akaun Palsu Yang Mencetuskan Kontroversi Panas!

Mark Adam menggunakan nama Facebook Mark Munding Echivarre dan Mark Adam Official bagi akaun rasminya.

Sebelum ini beberapa hari lalu terdapat laman sosial Facebook yang menggunakan nama Mark Adam telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila merendah-rendahkan kualiti kereta buatan Malaysia.


Facebook palsu itu turut menulis bahawa kereta jenama Proton hanya dipakai oleh golongan yang tidak berkemampuan sahaja.

Tambahnya, dia turut menerima kesan daripada kenyataan tersebut apabila dihubungi oleh pihak Proton berhubung perkara terbabit.
"Pengikut laman Facebook palsu itu lebih banyak daripada Facebook saya dan saya bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk lagi selepas ini mengaitkan nama saya.
"Semalam ada wakil daripada Proton yang hubungi saya sama ada saya ada membuat kenyataan seperti itu," ujarnya.
Respon MENGEJUTKAN Mark Adam Mengenai Akaun Palsu Yang Mencetuskan Kontroversi Panas!

Enggan perkara itu terus berpanjangan, Mark Adam berkata, dia sudah memberi amaran menerusi mesej peribadi kepada akaun palsu tersebut, namun masih tidak dibalas.

Katanya, dia memberi tempoh kepada individu tersebut untuk tidak menggunakan lagi namanya dan akan mengambil tindakan jika ia masih berterusan.
"Dulu dia pernah keluarkan kenyataan tentang poligami sehingga membuatkan orang ramai marah dan kini sekali lagi dia buat perkara yang menimbulkan kekecohan.
"Saya tidak akan berdiam diri dan akan membuat laporan polis jika dia masih berterusan kerana ia akan memburukkan nama saya," ujarnya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Respon MENGEJUTKAN Mark Adam Mengenai Akaun Palsu Yang Mencetuskan Kontroversi Panas!
Respon MENGEJUTKAN Mark Adam Mengenai Akaun Palsu Yang Mencetuskan Kontroversi Panas!
https://4.bp.blogspot.com/-k-pMqFDX8sY/V4dN0dBxMKI/AAAAAAAAQa4/J52aSbMBwssWujzCPMY3VhHisj0CpfdDQCLcB/s1600/Adam%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-k-pMqFDX8sY/V4dN0dBxMKI/AAAAAAAAQa4/J52aSbMBwssWujzCPMY3VhHisj0CpfdDQCLcB/s72-c/Adam%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/respon-mengejutkan-mark-adam-mengenai.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/respon-mengejutkan-mark-adam-mengenai.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy