Propellerads

Sabri Yunus DEDAH Sisi Berbeza Pak Yus Sebagai Pelakon Sebelum Beliau Meninggal Dunia!

Filem Dukun Doktor Dani adalah filem terakhir Allahyarham Pak Yus (Jambu) sebelum meninggal dunia pada 30 November tahun lalu. Pengarah fi...

Filem Dukun Doktor Dani adalah filem terakhir Allahyarham Pak Yus (Jambu) sebelum meninggal dunia pada 30 November tahun lalu. Pengarah filem tersebut, Sabri Yunus mendedahkan beliau berpuas hati dapat mencungkil sisi berbeza Allahyarham sebagai pelakon. 

Sabri berkata, menerusi watak sebagai Chot dalam karya berkenaan, Pak Yus berjaya membuktikan dirinya bukan sahaja mampu melawak tetapi mempunyai potensi besar dalam melakonkan watak lebih serius.
"Saya mengenali arwah sejak dia menyertai musim pertama Raja Lawak dan saya lihat dia mempunyai potensi besar bukan sahaja sebagai pelawak tetapi pelakon.
Sabri Yunus DEDAH Sisi Berbeza Pak Yus Sebagai Pelakon Sebelum Beliau Meninggal Dunia!
Salah satu babak Allahyarham Pak Yus menerusi filem terakhirnya, Dukun Doktor Dani yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Julai ini.
"Saya ambil Pak Yus berlakon dalam filem ini kerana yakin ada sesuatu dalam dirinya yang belum pernah penonton lihat.
"Tiada yang melihat dia sebagai seorang pelakon sebelum ini tetapi dalam Dukun Doktor Dani dia membuktikan dia bukan hanya pelawak," katanya kepada mStar Online.
Sabri ditemui pada majlis tayangan perdana Dukun Doktor Dani yang diadakan pada malam Isnin.


Selain Pak Yus, ia juga menampilkan barisan pelakon seperti Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Raysha Risroze dan Khatijah Tan. Ia bakal menemui penonton dipawagam bermula 28 Julai ini.

Sabri Yunus DEDAH Sisi Berbeza Pak Yus Sebagai Pelakon Sebelum Beliau Meninggal Dunia!

Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas dan Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Dalam pada itu, Sabri berkata, dia terkejut komitmen ditunjukkan Pak Yus terhadap filem berkenaan selain menghafal setiap dialog diberikan.
"Sudah banyak kali saya bekerja dengannya termasuk dalam Karut Komedia, dia bukan jenis yang hafal dialog tetapi dalam Dukun Doktor Dani dia berbeza.
"Penghayatan diberikan juga cukup cantik tambahan pula dia mempunyai latar budaya yang sangat tinggi menjadikan watak Chot itu sesuai dengannya.
"Walaupun dia sudah tiada tetapi sebagai rakan dan pengarah saya bangga melihat hasil lakonannya di layar perak," ujarnya.
Apapun, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Yus. 

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Sabri Yunus DEDAH Sisi Berbeza Pak Yus Sebagai Pelakon Sebelum Beliau Meninggal Dunia!
Sabri Yunus DEDAH Sisi Berbeza Pak Yus Sebagai Pelakon Sebelum Beliau Meninggal Dunia!
https://4.bp.blogspot.com/-BsdXC0X0rIw/V5gUMYDkUVI/AAAAAAAAQzg/fQxoAOJYihI8678iPYHEprvW54EfwCgnQCLcB/s1600/Dukun%2B3.png
https://4.bp.blogspot.com/-BsdXC0X0rIw/V5gUMYDkUVI/AAAAAAAAQzg/fQxoAOJYihI8678iPYHEprvW54EfwCgnQCLcB/s72-c/Dukun%2B3.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/sabri-yunus-dedah-sisi-berbeza-pak-yus.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/sabri-yunus-dedah-sisi-berbeza-pak-yus.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy