Propellerads

Selepas 2 Tahun Nahas MH17 Berlalu, Inilah Yang Terpaksa Dilalui Oleh Balu Pegawai Pertama!

CYBERJAYA: Balu kepada pegawai pertama Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, Ahmad Hakimi Hanapi iaitu Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junie...

CYBERJAYA: Balu kepada pegawai pertama Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, Ahmad Hakimi Hanapi iaitu Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied meluahkan beliau terpaksa menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selalu teringatkan arwah suaminya. 
Selepas 2 Tahun Nahas MH17 Berlalu, Inilah Yang Terpaksa Dilalui Oleh Balu Pegawai Pertama!
"Walaupun setiap hari, saya teringatkan suami saya, tapi saya perlu teruskan kehidupan dan kuatkan semangat demi anak saya," katanya. 
Ahmad Hakimi adalah antara 298 anak kapal dan penumpang pesawat Boeing 777 yang maut apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Asma'a berkata setelah dua tahun kejadian itu berlaku, kini beliau semakin menyedari tentang perlunya beliau kembali menjalani kehidupan seperti biasa demi masa depan sendiri dan anaknya, Abderrahman, yang akan berusia tiga tahun Oktober ini.
"Saya boleh katakan begitu tenang sekarang. Saya mempunyai pekerjaan sepenuh masa di Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu dan sibuk dengan perniagaan francais Boost Juice saya, di sini.
ARTIKEL MENARIK: Rakyat Malaysia KONGSI Detik Cemas Ketika Berlaku Rampasan Kuasa Di Turki

Selepas 2 Tahun Nahas MH17 Berlalu, Inilah Yang Terpaksa Dilalui Oleh Balu Pegawai Pertama!
Gambar kenangan Ahmad Hakimi bersama anaknya, Abderrahman.
"Banyak urusan yang perlu dilakukan, seperti menyediakan invois untuk perniagaan saya. Memanglah saya selalu teringat kepada suami saya, tapi saya perlu meneruskan kehidupan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
"Saya ketepikan saja perkara yang boleh melemahkan semangat saya. Saya tidak boleh lemah semangat demi anak saya, mertua, ipar dan sesiapa sahaja. Saya perlu kuatkan semangat agar orang nampak saya boleh meneruskan kehidupan," kata wanita berusia 31 tahun itu.
Sambil melemparkan pandangan kepada Abderrahman, yang sedang leka bermain dengan permainan kartun menggunakan Ipad, Asma'a berkata: "Dialah hidup saya dan membuat saya sentiasa sibuk kerana dia sedang membesar serta sedang belajar meneroka perkara baharu".

Kata Asma'a, setelah ketiadaan suaminya, Abderrahman amat rapat dengan bapa mertuanya, Dr Hanapi Mohd Noor, 68, yang meninggal dunia Khamis lepas akibat kanser hempedu.
"Saya sedih apabila bapa mertua saya juga sudah tiada kerana dia amat rapat dengan Abderrahman," katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Selepas 2 Tahun Nahas MH17 Berlalu, Inilah Yang Terpaksa Dilalui Oleh Balu Pegawai Pertama!
Selepas 2 Tahun Nahas MH17 Berlalu, Inilah Yang Terpaksa Dilalui Oleh Balu Pegawai Pertama!
https://2.bp.blogspot.com/-ZczS5b1zFqE/V4rbl9Bx7AI/AAAAAAAAQdQ/tQ5o8uyO3uYuxfRxtZ8GcK5OFAVTMxw4gCLcB/s1600/Balu%2B1.png
https://2.bp.blogspot.com/-ZczS5b1zFqE/V4rbl9Bx7AI/AAAAAAAAQdQ/tQ5o8uyO3uYuxfRxtZ8GcK5OFAVTMxw4gCLcB/s72-c/Balu%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/selepas-2-tahun-nahas-mh17-berlalu.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/selepas-2-tahun-nahas-mh17-berlalu.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy