Propellerads

Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!

Setelah sekian lama isu pelakon Adi Putra kahwin lain tersebar meluas di laman sosial akhirnya semalam beliau telah mengadakan sidang media...

Setelah sekian lama isu pelakon Adi Putra kahwin lain tersebar meluas di laman sosial akhirnya semalam beliau telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Adi menjelaskan bahawa dakwaan beliau berkahwin dengan Nur Shahida pada 20 Jun yang lalu adalah benar belaka. Tetapi beliau enggan memperkenalkan isteri keduanya itu kerana isterinya bukan seorang selebriti. 

Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!
"Sekurang-kurangnya buat masa ini saya tidak merancang untuk perkenalkannya kepada umum kerana dia bukan selebriti.
"Tetapi siapa tahu pada masa akan datang kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya ia adalah kententuan Allah," katanya.
Namun, keadaan mula menjadi tegang apabila bekas adik ipar kepada isteri kedua Adi tiba-tiba muncul ketika sidang media berlangsung kerana beliau ingin tegakkan kebenaran yang berlaku. 

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, 25, bangun bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!


Nur Farah turut menjelaskan abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mendakwa bekas isterinya itu meninggalkan dia kerana Adi seperti mana tersebar di laman sosial sebelum ini.
"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mencari simpati atau publisiti seperti mana yang tersebar sebelum ini.
"Saya cuma ingin bertanya apakah motif Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya," kata wanita itu.
Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!

Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun memberikan jawapan kurang jelas terhadap tindakannya itu.
"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.
"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.
"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan pihak saya sahaja," katanya.
Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Bagaimanapun Adi meminta pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya meninggalkan majlis.

Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!
Sidang Media Adi Putra Bertukar PANAS Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Muncul!
https://3.bp.blogspot.com/-u9Ylg8TuuDU/V5bSSM8LzRI/AAAAAAAAQws/7n_3Z_7SiSo5WO0kOnBvEcfNAjPrgQL5QCLcB/s1600/Adi%2B9.png
https://3.bp.blogspot.com/-u9Ylg8TuuDU/V5bSSM8LzRI/AAAAAAAAQws/7n_3Z_7SiSo5WO0kOnBvEcfNAjPrgQL5QCLcB/s72-c/Adi%2B9.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/sidang-media-adi-putra-bertukar-panas.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/sidang-media-adi-putra-bertukar-panas.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy