Propellerads

Sindiran PEDAS Bekas Naib Presiden FAM Tentang Persaraan Pemain Kebangsaan Bikin SENTAP!

Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengulas tentang isu persaraan pemain ke...

Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengulas tentang isu persaraan pemain kebangsaan yang menjadi perbualan hangat netizen.

Menurut beliau ianya satu kerugian bagi mana-mana pemain ketika semua pemain 'gila' untuk menyarung jersi negara yang menjadi kebanggaan buat individu bergelar pemain bola sepak.
"Kalau nak bersara, bersaralah terus dan tak payahlah bermain bola sepak, itu baru betul bersara namanya.
"Bagi saya, jika ada pemain kata nak bersara daripada menyarung jersi kebangsaan tanpa sebarang alasan kukuh atau munasabah, eloklah tak main, senang cerita.
"Jangan kita kata nak bersara peringkat kebangsaan, tapi masih bermain di peringkat kelab atau negeri secara sepenuh masa. Jadi orang tak boleh nak pertikai atau jadi isu seperti sekarang ni," katanya.
Pada Selasa dan Khamis lepas, Safiq Rahim yang juga kapten skuad kebangsaan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak diikuti S Kunalan dan Mohd Amirulhadi Zainal masing-masing mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan.

Tambah Raja Ahmad Zainuddin lagi, menjadi lumrah mereka yang bernama pemain bolasepak peluang menyarung jersi pasukan bola sepak kebangsaan merupakan satu kebanggaan.

"Sebagai seorang pemain, walaupun cedera mereka tetap nak bermain untuk negara. Inikan pula masih sihat, tetapi tidak mahu beraksi.
"Zaman dulu, pemain yang tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan akan menangis dan datang merayu itulah realitinya," katanya lagi.
Beliau turut mengulangi FAM perlu segera mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk melihat keadaan dalam kem skuad kebangsaan yang menyebabkan wujudnya krisis seperti dialami ketika ini.
"Pasti ada sesuatu yang tidak kena dan perlukan kajian menyeluruh sebab kebiasaannya jika mahu bersara paling tidak jumpa jurulatih untuk maklumkan pengunduran.
"Maklumkan FAM dan berunding, mungkin ada pandangan yang akan diberi kerana sebagai pemain mereka bermain untuk negara, untuk maruah," katanya lagi.
Katanya, FAM perlu siasat tubuh jawatankuasa bebas untuk kaji perkara terbabit bagi memastikan 'penyakit' itu tidak merebak dan berjangkit kepada pemain lain.
"Nanti semua pemain buat perkara yang sama hingga suatu hari nanti kita mungkin takda pemain yang akan sarung pasukan kebangsaan.
"Ini bukan perkara yang boleh diambil mudah dan saya harap ia diberikan perhatian segera agar maruah pasukan negara tidak tercemar," katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Sindiran PEDAS Bekas Naib Presiden FAM Tentang Persaraan Pemain Kebangsaan Bikin SENTAP!
Sindiran PEDAS Bekas Naib Presiden FAM Tentang Persaraan Pemain Kebangsaan Bikin SENTAP!
https://3.bp.blogspot.com/-99yWj56_m9w/V4w3g4j30fI/AAAAAAAAQhY/T7SXcsCM1NEgGcef_qsMwE5dxaLt5cZUQCLcB/s1600/Pemain.png
https://3.bp.blogspot.com/-99yWj56_m9w/V4w3g4j30fI/AAAAAAAAQhY/T7SXcsCM1NEgGcef_qsMwE5dxaLt5cZUQCLcB/s72-c/Pemain.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/sindiran-pedas-bekas-naib-presiden-fam.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/sindiran-pedas-bekas-naib-presiden-fam.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy