Propellerads

Susulan Kenyataan David Teo 'Hina' P. Ramlee, Inilah KOMEN PEDAS Zed Zaidi Bikin Panas!

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo telah mengeluarkan satu kenyataan terhadap Seniman Agu...

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo telah mengeluarkan satu kenyataan terhadap Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi sebuah artikel yang disiarkan satu portal berita pada 7 Julai lalu. 
Susulan Kenyataan David Teo 'Hina' P. Ramlee, Inilah KOMEN PEDAS Zed Zaidi Bikin Panas!

Susulan itu, presiden persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman Facebook telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kenyataan David Teo itu. 

Berikut luahan beliau. 

Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia yang di rahmati Allah. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PRODUCER yang TERKENAL DAVID TEO dari METROWEALTH kenyataan bertarikh 7 Julai 2016 di The Malay Mail Online baru-baru ini.

Untuk pengetahuan MR DAVID TEO, kenyataan yang anda buat ini menampakkan anda cukup tidak matang untuk menjawab soalan dari media dengan menjawab soalan secara membabi buta!. Adakah anda tahu siapa itu SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE? Adakah anda tahu sebelum munculnya Filem-Filem dari METROWEALTH wujudnya filem-filem dari P.RAMLEE? 

Adakah anda tahu walaupun P.RAMLEE tidak kaya tetapi Beliau KAYA dengan BUDI BAHASA dan KAYA dengan mesej-mesej yang telah di sampaikan oleh BELIAU di filem-filem dan karya-karya agungnya? adakah anda juga tahu P.RAMLEE juga melahirkan ramai seniman, seniwati artis-artis dibawah arahannya sebelum anda melakukannya sekarang untuk keuntungan anda dan syarikat anda sendiri?. ADAKAH ANDA TAHU SEMUA INI?.

Niat anda untuk melahirkan jutawan dikalangan orang seni adalah sifat yang baik tetapi cara melahirkan jutawan dengan merendahkan IKON SENI NEGARA itu adalah SALAH!. Mungkin budaya anda berbeza mengagungkan duit sebagai tuhan tapi bukan kreativiti sebagai ukuran adalah berbeza dengan budaya Malaysia. 

Adakah anda tahu kebanyakkan filem-filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman p.ramlee? adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem p.ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat KAYA!. KREATIVIFI TIDAK BOLEH DINILAI OLEH WANG RINGGIT adakah anda tahu semua itu MR DAVID TEO?


Dalam kenyataan anda, anda cuba kaitkan dengan anak p.ramlee yang bekerja di DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) sekali lagi anda merendahkan p.ramlee dan keluarganya. Adakah bekerja dengan DBKL tidak semulia bekerja sebagai producer seperti anda?. 

Saya juga mendapat banyak aduan mengenai produksi anda di mana ada artis tidak di benarkan berkahwin, ada yang terasa diri tertipu dengan habuan yang diberikan oleh produksi anda melalui kontrak-kontrak yang menggunakan bahasa undang-undang yang berbelit-belit bagi mengelirukan artis di bawah naugan anda? Adakah anda tahu semua itu atau anda buat-buat tak tahu sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih?

Oleh yang demikian, saya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia mendesak agar DAVID TEO menarik balik kenyataan beliau dan memohon MAAF kepada Keluarga SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE kerana mengaibkan IKON SENI NEGARA sekeluarga. 

DAVID juga perlu memohon MAAF secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap BIADAP dan KURANG AJAR kerana tidak memikirkan SENSITIVITI seniman-seniman di Malaysia. Pesanan saya kepada DAVID TEO jangan jadi KASSIM BABA dalam filem P.RAMLEE ALI BABA BUJANG LAPOK!

Namun, tidak lama kemudian David Teo telah memohon maaf kepada semua menerusi laman web rasmi Metrowealth. 
"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yang sedang diperkatakan sekarang. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin," tulisnya.
Apapun, semoga isu ini tidak dibesarkan lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih. 

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Susulan Kenyataan David Teo 'Hina' P. Ramlee, Inilah KOMEN PEDAS Zed Zaidi Bikin Panas!
Susulan Kenyataan David Teo 'Hina' P. Ramlee, Inilah KOMEN PEDAS Zed Zaidi Bikin Panas!
https://2.bp.blogspot.com/-6kQPwAIbTU8/V4Mh5b6hRtI/AAAAAAAAQRI/wxxxqbGYmHUxoLTp0hNeHhPUjb-AuRUOgCLcB/s1600/Zed%2B1.png
https://2.bp.blogspot.com/-6kQPwAIbTU8/V4Mh5b6hRtI/AAAAAAAAQRI/wxxxqbGYmHUxoLTp0hNeHhPUjb-AuRUOgCLcB/s72-c/Zed%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/susulan-kenyataan-david-teo-hina-p.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/susulan-kenyataan-david-teo-hina-p.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy