Propellerads

Tidak Tahan Difitnah, Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil JELASKAN KEADAAN Sebenar!

KOTA BHARU: Beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Nur Syahida, 15 ditampar oleh ...

KOTA BHARU: Beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Nur Syahida, 15 ditampar oleh guru sebanyak tiga kali di sekolah hanya disebabkan oleh cukur kening sehingga mengalami patah tulang tengkuk.

Malah, pelbagai dakwaan yang timbul mengenai isu ini sehingga pihak guru tampil menafikan hal tersebut. Bahkan, ada pihak mengatakan gambar yang tersebar adalah gambar tahun lalu ketika pelajar tersebut jatuh dalam bilik air. 

Susulan itu, bapa kepada Nur Syahida iaitu Zulkifli Yunus, 58 menjelaskan keadaan sebenar. 
"Itu memang gambar terbaru anak saya dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin," katanya. 
Zulkifli menegaskan, gambar yang disiarkan media utama, termasuk oleh Harian Metro adalah gambar terkini, bukannya gambar lama dan keluarganya tidak mengada-adakan cerita mengenai kecederaan dialami anaknya akibat kejadian itu sehingga terpaksa dirawat di hopsital.

Zulkifli juga menegaskan, jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.


Menurutnya, akibat ditampar, saraf di leher anaknya mengalami masalah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Khamis lalu.
“Anak sulung saya itu pernah terjatuh di bilik air November tahun lalu, menyebabkan lehernya cedera.
"Selepas itu, doktor menasihatkan anak saya supaya tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.
“Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak," katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini.
Menurutnya, kejadian ditampar itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk merotan dan tidak mencederakan pelajar.

Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad semalam, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.
"Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.
"Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata, pihaknya sudah melawat mangsa di hospital dan melakukan perbincangan dengan keluarganya.
"Ayah pelajar berkenaan bersepakat menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan bersama.
"Jabatan Pendidikan Negeri juga mengadakan taklimat kepada pengetua dan guru besar berhubung hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar," katanya.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Tidak Tahan Difitnah, Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil JELASKAN KEADAAN Sebenar!
Tidak Tahan Difitnah, Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil JELASKAN KEADAAN Sebenar!
https://2.bp.blogspot.com/-EdROT5Ih2BQ/V5a5tsY_-VI/AAAAAAAAQvk/e1LVKpWTHuU5hjTfU-8TvTJ81vp5BFUgQCLcB/s1600/Syahida%2B2.png
https://2.bp.blogspot.com/-EdROT5Ih2BQ/V5a5tsY_-VI/AAAAAAAAQvk/e1LVKpWTHuU5hjTfU-8TvTJ81vp5BFUgQCLcB/s72-c/Syahida%2B2.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/tidak-tahan-difitnah-bapa-pelajar.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/tidak-tahan-difitnah-bapa-pelajar.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy