Propellerads

Walaupun Raih Kejayaan Besar, Bapa Khairul Idham Luah Rasa Kecewa!

Khairul Idham Pawi sekali lagi meraih kemenangan besar dalam perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman semalam namun dalam meraikan kejayaan anakn...

Khairul Idham Pawi sekali lagi meraih kemenangan besar dalam perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman semalam namun dalam meraikan kejayaan anaknya, bapa kepada Khairul Idham iaitu Pawi Omar meluahkan rasa kecewa.
Walaupun Raih Kejayaan Besar, Bapa Khairul Idham Luah Rasa Kecewa!

Ini kerana tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk Khairul Idham. Bahkan, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring yang menjaga pelumba negara berusia 17 tahun itu yang lebih dikenali dengan Kip dan Keon.

Pawi berkata pihaknya memerlukan dana sebanyak RM200,000 untuk urusan itu dan amat berharap kemenangan kali ini dapat membuka mata lebih banyak pihak.
"Saya memang gembira bila sekali lagi Keon dinobatkan sebagai juara dan masih berharap ada pihak yang memberi perhatian selepas dia membuktikan kemampuannya, kerana sehingga kini kos pegawai pengiring masih lagi ditanggung kami sendiri.
"Apapun saya berterima kasih kepada kerajaan Perak atas bantuan mereka baru-baru ini dan berharap ada lagi pihak lain yang boleh membantu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam perlumbaan Moto3 di Sachsenring semalam, Khairul Idham membuktikan kemampuan berlumba di atas litar basah apabila memintas satu demi satu pesaingnya selepas memulakan saingan dari petak ke-20.

Kemenangan di Jerman itu adalah yang kedua buat Khairul Idham selepas menawan GP Argentina pada April lalu. Ini adalah musim sulung pelumba itu dalam Moto3.


Pawi berkata beliau tidak pernah melepaskan peluang menonton siaran perlumbaan melibatkan anaknya sejak dari awal Khairul Idham menceburi sukan permotoran.
"Hati ayah mana yang tidak gementar bila melihat perlumbaan tersebut kerana ketika itu hujan dan litar basah.
"Saya risau dia jatuh kerana ada satu ketika dia hampir terjatuh tapi dapat mengawal motosikalnya dan meneruskan perlumbaan seperti biasa," katanya.
Mengulas lanjut katanya pada babak akhir perlumbaan walaupun Khairul Idham dilihat dalam keadaan selesa untuk menang, debarannya tetap tidak hilang sehinggalah anaknya itu melintasi garis penamat dan menjadi juara.

Ditanya gelaran pakar perlumbaan di litar basah yang diberikan sesetengah pihak kepada anaknya, Pawi berkata anak ketiga daripada empat beradik itu sememangnya menggemari dan berkebolehan beraksi di litar basah.
"Dia ini memang suka berlatih terutama ketika hari hujan. Kalau hujan, dia akan capai jaket lumba dan berlatih di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah.
"Mungkin disebabkan dia sudah biasa menunggang di trek basah, jadi tiada masalah buat dia untuk berlumba dengan baik dalam kea­daan seperti itu," katanya.
Khairul Idham yang kini bersama pasukan Honda Team Asia yang berpangkalan di Sepanyol memulakan kerjaya sebagai pelumba pada 2012 dengan menyertai perlumbaan ‘Honda One Make Series’ sebelum memenangi juara kategori Wira Cub Prix pada 2013, diikuti kejuaraan pada Asia Dream Cup setahun kemudian.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Walaupun Raih Kejayaan Besar, Bapa Khairul Idham Luah Rasa Kecewa!
Walaupun Raih Kejayaan Besar, Bapa Khairul Idham Luah Rasa Kecewa!
https://1.bp.blogspot.com/-sGTq7NeKth8/V41-ur5YHlI/AAAAAAAAQjw/-WgfDuOqrOgT3d8-2vt4k_UL0ft8LiR-wCLcB/s1600/Khairul.png
https://1.bp.blogspot.com/-sGTq7NeKth8/V41-ur5YHlI/AAAAAAAAQjw/-WgfDuOqrOgT3d8-2vt4k_UL0ft8LiR-wCLcB/s72-c/Khairul.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/07/walaupun-raih-kejayaan-besar-bapa.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/07/walaupun-raih-kejayaan-besar-bapa.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy