Propellerads

Berkahwin Ketika Usia 15 Tahun Namun Inilah Yang Terjadi Sangat Menyentuh Hati!

Saya berkahwin pada usia 15 tahun dengan salah seorang kaum kerabat keluarga saya juga ..apa sebabnya biarlah ia jadi pengajaran buat saya,...

Saya berkahwin pada usia 15 tahun dengan salah seorang kaum kerabat keluarga saya juga..apa sebabnya biarlah ia jadi pengajaran buat saya, yang pastinya ia meremukkan hati ibu bapa saya..seluruh keluarga dia tak suka saya katanya saya musnahkan hidup suami, sedangkan saya berhenti sekolah untuk selamatkan suami dan nama baik keluarga mereka..saya dicemuh teruk, ramai ibu bapa warning pada anak gadis mereka jangan hampiri saya..saya ancaman yang besar untuk masa depan anak mereka.

Boleh bayangkan bagaimana saya harus teruskan hidup tanpa kelulusan dan nama yang tercalar teruk?Saya alami depression yang teruk..saya harapkan suami akan terima dan bahagiakan saya,tapi hampa..dan ya,saya pernah dipukul,dicekik sehingga dah rasa penghujung nyawa,dimaki usahlah kata,sehingga seluruh keluarga saya dibabitkannya,dia hampiri saya apabila ingin ‘bersama’ atau lapar saja..

Tak sampai setahun kami hidup bersama, pindah randah, hidup berjauhan, ditambah dengan pengacau rumah tangga kami lagi..akhirnya kami bergaduh besar, puncanya saya tegur dia memberi pinjam motor kepunyaan saya pada rakannya tanpa minta izin..motor yang dibeli dengan titik peluh saya tapi saya beri suami menggunakannya untuk kemudahan suami memandangkan tempat kerja saya dekat dengan rumah sewa,saya berjalan kaki walaupun pulang tengah malam sendirian..

Impak pergaduhan tersebut dia halau saya serta gantung saya tak bertali,saya lari dari keluarga dan mulakan hidup baru..tak ada kerja, tak ada tempat tinggal, tak ada pengangkutan, saya cuma harapkan ehsan orang sampai saya ada kerja..lama saya tak balik kerana terlalu marah dan merajuk hati akan keluarga juga sampai saya kenal seorang lelaki..dipendekkan cerita, kami decide nak kahwin.

Tak nak hidup terus bergelumang dosa sebab masih isteri orang tapi bercinta dengan lelaki lain serta nak mulakan hidup baru yang lebih baik,saya bulatkan hati untuk minta cerai dan saya akan uruskan semua urusan sebab suami memang tak nak lepaskan saya, digantung saya tak bertali memang untuk menyeksa diri saya..

Saya hubunginya setelah hampir dua tahun, mungkin tercabar dengan tindakan saya meminta cerai,ditambah egonya yang melangit dia terus cakap yang dia akan ceraikan saya cara baik, syaratnya saya jangan minta dia satu sen pun..

Ketika membuat keputusan untuk meminta cerai, memang ada pihak yang tahan,ada yang menyokong..berbolak balik..akhirnya saya fikir,’selama ini saya sudah hidup sendirian,saya telah mendapat suami yang teruk, saya dihina dan disisih oleh masyarakat, saya sudah digantung tak bertali dan semua saya telah tempuhinya dan masih hidup di bumi ini..kelak jika dicaci kerana bergelar JANDA pun, apalah sangat berbanding semua yang saya dah rempuh..


Sepanjang perbicaraan,dia gelisah,menggaru dan bermain jari..saya kemukakan setiap sebab penceraian dan Hakim meminta sebab kenapa saya tidak menuntut apa-apa dari suami,jawapan saya mudah “jika ketika kami menjadi suami isteri pun dia tidak menjalankan tanggungjawab serta memberi nafkah,untuk apa saya terus mengharap pada yang tak pasti?

Saya yang menanggungnya setiap bulan..saya tak perlukan duit suami untuk teruskan hidup..biarlah suami menjawab di depan Allah kelak,dan biar DIA saja yang adilinya nanti..”..saya bukan riak, tapi saya mahu memberi tamparan padanya..sekian lama dia melihat saya sebagai seorang yang penakut,pengecut serta berlemah lembut dalam berkata..

Akhirnya saya bergelar janda dengan talak satu selepas 3 tahun bergelar isteri cuma di atas kertas,tapi saya gembira..saya nak mulakan hidup baru itu niat saya,saya tak nak merintih setiap malam mengenangkan suami yang langsung tidak mengingati saya..saya tak nak bayang-bayangnya menghantui saya,saya tak fikir lagi apa orang kata,saya harus teruskan hidup..sudah ada orang terima baik buruk serta kisah hitam saya,saya tak nak pusing belakang lagi,saya nak bangkit bina hidup baru..

Sebelum saya habis edah,dia telah bertunang dengan wanita pilihan dia..hati saya agak terguris tidak tahu kenapa..tapi saya terus orak langkah meneruskan hidup baru..

Alhamdulillah,sekarang sudah 5tahun saya bergelar isteri pada suami baru yang tahu semua kisah saya dan menerima saya dengan baik dan kami telah memiliki cahaya mata dan saya masih berusaha meningkatkan diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik..bekas suami pula,masih menjadi duda,perhubungannya yang lalu gagal..

Memiliki kisah lalu yang hitam,bukan penamat hidup seseorang..menjadi janda bukan sial..Allah menguji kita kerana DIA tahu kita mampu..bangkitlah wanita yang dianiaya,kelak kamu pasti kan menikmati manisnya hidup - Bekas Janda via IIUM

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Berkahwin Ketika Usia 15 Tahun Namun Inilah Yang Terjadi Sangat Menyentuh Hati!
Berkahwin Ketika Usia 15 Tahun Namun Inilah Yang Terjadi Sangat Menyentuh Hati!
https://4.bp.blogspot.com/-_WkahcXamRo/V6BQW9NXqUI/AAAAAAAARDs/tOemaheo0vsefcSq6Gv9ud0WKFE5jmBiACLcB/s1600/Bekas%2BJanda.png
https://4.bp.blogspot.com/-_WkahcXamRo/V6BQW9NXqUI/AAAAAAAARDs/tOemaheo0vsefcSq6Gv9ud0WKFE5jmBiACLcB/s72-c/Bekas%2BJanda.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/08/berkahwin-ketika-usia-15-tahun-namun.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/08/berkahwin-ketika-usia-15-tahun-namun.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy