Propellerads

Cadangan RISDA Untuk Tanam Ketum Ditolak, Ini Alasan Mereka MENGEJUTKAN!

PUTRAJAYA: Cadangan penanaman ketum oleh pihak Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah ditolak oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan W...

PUTRAJAYA: Cadangan penanaman ketum oleh pihak Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah ditolak oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas mendengar segala penerangan dari mereka. 

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mereka telah membuat keputusan selepas pihaknya mendengar taklimat dari RISDA berkenaan cadangan itu dari segi kebaikan dan keburukan hasil dari penanaman pokok itu. 
"Kita dapati keburukan atau kesan negatif daripada penanaman ketum adalah lebih besar daripada faedah dan jika diteruskan ia akan membawa lebih banyak kesan sosial dan implikasi buruk kepada masyarakat. 
"Berikutan itu, kementerian memutuskan untuk tidak menerima cadangan Risda walaupun penanamannya dikatakan untuk tujuan eksport, boleh membawa keutungan dan memberi tambahan pendapatan kepada pekebun kecil," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat daripada Risda berkenaan ketum di kementeriannya, di sini.
ARTIKEL MENARIK: Bapa Tiri Ro9ol Bayi Umur 1 Tahun Hingga Kemaluan Terkoyak, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

Jelasnya lagi, keputusan itu turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri serta kerajaan negeri termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) yang jelas menolak cadangan itu.

Ditanya mengenai perkara positif daripada penanaman ketum yang dibentangkan Risda, Ismail Sabri berkata, keuntungan merupakan satu-satunya kebaikan yang disebut dengan Risda menganggarkan pendapatan daripada jualan ketum boleh mencecah RM22,800 sebulan untuk satu hektar tanaman.

Beliau berkata, usaha menambah pendapatan pekebun kecil akan diteruskan dengan memperbanyak tanaman sampingan di kebun seperti cili dan cendawan selain memperkasakan program-program keusahawanan sedia ada.
"Jadi, saya harap isu ini dihentikan kerana Risda tidak akan terlibat dengan program tanaman ketum untuk penambahan pendapatan pekebun," katanya.


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Cadangan RISDA Untuk Tanam Ketum Ditolak, Ini Alasan Mereka MENGEJUTKAN!
Cadangan RISDA Untuk Tanam Ketum Ditolak, Ini Alasan Mereka MENGEJUTKAN!
https://1.bp.blogspot.com/-WegeJvtjQfs/V6L7IdRoteI/AAAAAAAARLI/aEgEkWlWV5QBlSLadRO73_EC_yr8EieEgCLcB/s1600/Ketum%2B1.png
https://1.bp.blogspot.com/-WegeJvtjQfs/V6L7IdRoteI/AAAAAAAARLI/aEgEkWlWV5QBlSLadRO73_EC_yr8EieEgCLcB/s72-c/Ketum%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/08/cadangan-risda-untuk-tanam-ketum.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/08/cadangan-risda-untuk-tanam-ketum.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy