Propellerads

Ekoran Pendedahan Caj RM10k Untuk Viral Stroller Hilang, Wanita Itu Tampil Jelaskan Niat Sebenar!

Semalam kecoh apabila sebuah page yang popular dikecam netizen gara-gara pendedahan wanita ini berkenaan caj yang dikenakan berpuluh ribu r...

Semalam kecoh apabila sebuah page yang popular dikecam netizen gara-gara pendedahan wanita ini berkenaan caj yang dikenakan berpuluh ribu ringgit jika ingin viralkan permintaan mencari stroller anaknya yang hilang.

Selepas isu ini mendapat perhatian orang ramai, admin page terbabit telah tampil memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. 

Gara-gara isu ini hangat diperkatakan di kalangan pengguna laman sosial, wanita tersebut yang dikenali sebagai Nur Syahira Khairil Anwar tampil menjelaskan niat sebenar posting beliau yang sebelum ini.

Berikut luahan beliau yang dipetik dari laman Facebook miliknya. 
"Umum dah tahu tentang berita viral yang baru saya post pukul 5.30 petang semalam. Post yang santai dan bersahaja itu dapat perkongsian yang banyak di luar jangkaan saya. 
"Tidaklah saya terniat langsung dihati untuk jatuhkan mana-mana pihak. Tidak terlintas sikit pun difikiran saya untuk beri pandangan negatif kepada siapa-siapa yang terlibat. Maafkan kekhilafan saya jika ada yang tak senang dengan post tersebut.
"Saya hanyalah seorang ibu yang sedang mencari stroller anak saya yang hilang. Seorang ibu yang perlukan stroller sebab urusan saya bukan sahaja melibatkan dalam rumah, tetapi perlunya stroller untuk permudahkan saya jika di luar rumah. Usaha saya dah terlalu banyak. Saya desperate pm semua page yang famous untuk mereka viralkan. 
"Tapi, tiada satu pun reply. Saya gembira dan eksaited bila OhBulan satu-satunya page yang reply tanpa perlu tunggu lama. Gembiranya perasaan saya terus berubah kecewa dan tidak boleh terima dengan respond yang OhBulan berikan. 
"RM10k untuk barang yang hilang? Saya terkedu. Saya tak fikir panjang dan terus share di wall saya. Tujuan saya untuk mereka yang follow OhBulan tahu berita viral perlukan RM10k. Sekali lagi, tiada langsung rasa nak kecam dan buatkan netizen maki hamun mereka.
BACA:  Wanita Ini DEDAH OhBulan Caj RM10k Untuk Viralkan Stroller Hilang Cetus Kritikan Netizen!
"Betapa ramainya pm saya dan minta saya maklumat kehilangan stroller tersebut. Baiknya hati beberapa pihak yang mahukan saya beri gambar stroller dan sedikit details untuk mereka viralkan secara percuma. Ada juga yang pm saya dan mahu berikan saya stroller preloved yang sudah tidak digunakan lagi. 
"Ada beberapa hamba Allah yang pm dan doakan saya supaya saya redha dan sabar. Mereka bertalu-talu pm saya walaupun saya tak kenal pun mereka. Wujud lagikah manusia yang baik hati macamni? Ya wujud. Buktinya depan mata. Allah tunjuk saya dengan cara stroller anak saya hilang.
"Saya merayu, kepada keluarga yang terbaca kehilangan stroller ini, tolong pulangkan. Sentimental value pada barang itu mana mungkin boleh dilupakan? Jika malu atau rasa taknak jumpa saya, boleh serahkan terus pada kaunter customer service Giant Seri Kembangan.
"Ada yang cakap sudah-sudahlah cari stroller yang takkan jumpa tu, tapi bagi saya, saya takkan mengalah. Kalau menangis kehilangan tanpa usaha, manusia akan ganti yang baru ke? Redha dan percaya qadha dan qadar perlu selari dengan usaha. 
"Bukan duduk diam dan tak buat apa-apa. Saya bukan ego tak terima pendapat orang, tapi saya bukan jenis cepat putus asa. Sorry sekali lagi. Mohon maaf OhBulan kerana nama anda terpalit sekali. Saya masih like page mereka, sebab bagi saya ia bukan perkara besar. Anda bagaimana?," jelasnya. 
Bagaimanpun, semalam admin page tersebut dikatakan telah berjumpa dengan Syahira bagi menyelesaikan isu ini. Apapun, kedua-dua pihak sudah berdamai, harap-harap tidak timbul lagi isu ini.  


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Ekoran Pendedahan Caj RM10k Untuk Viral Stroller Hilang, Wanita Itu Tampil Jelaskan Niat Sebenar!
Ekoran Pendedahan Caj RM10k Untuk Viral Stroller Hilang, Wanita Itu Tampil Jelaskan Niat Sebenar!
https://3.bp.blogspot.com/-6swk-EChmgU/V6vaHpCT6EI/AAAAAAAARas/QpZzV1TXPUgONXhDvgkMXA1ZmaJH2hpLACLcB/s1600/Bulan%2B10.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-6swk-EChmgU/V6vaHpCT6EI/AAAAAAAARas/QpZzV1TXPUgONXhDvgkMXA1ZmaJH2hpLACLcB/s72-c/Bulan%2B10.jpg
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/08/ekoran-pendedahan-caj-rm10k-untuk-viral.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/08/ekoran-pendedahan-caj-rm10k-untuk-viral.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy