Propellerads

Pasangan Muslim Diarah Turun Pesawat Kerana Sebut Allah, Inilah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

OHIO (AMERIKA SYARIKAT): Sepasang suami isteri Muslim diarahkan turun dan meninggalkan pesawat hanya kerana menyebut perkataan ALLAH. ...

OHIO (AMERIKA SYARIKAT): Sepasang suami isteri Muslim diarahkan turun dan meninggalkan pesawat hanya kerana menyebut perkataan ALLAH.

Nazia Ali dan suaminya, Faisal menaiki pesawat Delta Airline dalam perjalanan pulang ke Ohio dari lawatan ke London dan Paris selepas menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10.

Memetik Washington Post, salah seorang krew penerbangan memberitahu juruterbang, pasangan Muslim berkenaan yang duduk di kelas ekonomi telah menimbulkan perasaan kurang senang.

Krew penerbangan tersebut mendakwa Nazia menggunakan telefon bimbit dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.

Menurutnya lagi, dia turut mendengar pasangan itu menyebut perkataan ALLAH.

Susulan dakwaan itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehinggalah pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.
"Kami berada di tempat duduk kami selama 45 minit sebelum pegawai lapangan terbang meminta kami turun bersama untuk bertanya beberapa soalan.
"Adakah anda mahu kami membawa barangan kami dan pegawai berkenaan menjawab 'ya, anda tidak akan menaiki pesawat ini," kata Nazia.  
ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Uruskan Jenazah Meninggal Akibat Bunuh Diri MENGEJUTKAN!

Tambah Nazia lagi, ia sdalah satu penghinaan
"Kami dilayan seperti penjenayah. Kami adalah rakyat Amerika. Anda tidak boleh melakukan ini kepada kami, " katanya yang berasal dari Pakistan dan merupakan rakyat AS selama 16 tahun.
Berikutan insiden ini, kumpulan memperjuangkan hak Muslim menyifatkan tindakan menghalang pasangan itu menaiki pesawat pada 26 Julai dari Paris ke  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cincinnati Northern Kentucky adalah sebagai 'pemprofilan agama'

Wakil Majlis Perhubungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan mengesa kerajaan AS mengambil tindakan dan mengumumkan rancangan untuk menfailkan aduan terhadap Delta Airline kepada Jabatan Pengangkutan AS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada The Washington Post, syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya mengutuk diskriminasi berkaitan hal umur, bangsa, kewarganegaraan, agama, orientasi $ek$ual atau jantina.
"Sebagai syarikat penerbangan global yang membawa beratus-ratus ribu penumpang setiap hari, Delta sangat komited untuk memberikan khidmat dengan rasa hormat kepada semua pelanggan kami.
"Delta akan menyiasat perkara ini dan akan memberi bayaran balik kepada pelanggan," petik kenyataan.
Memetik AP, pasangan itu mendapat bayaran pampasan untuk bilik hotel dan terbang semula pada hari berikutnya.


SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Pasangan Muslim Diarah Turun Pesawat Kerana Sebut Allah, Inilah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!
Pasangan Muslim Diarah Turun Pesawat Kerana Sebut Allah, Inilah KISAH SEBENAR Yang Berlaku!
https://4.bp.blogspot.com/-wcZ4AGuTj7U/V6rduG5yCeI/AAAAAAAARZo/9BdkMVOLNNMzBbAc8hWsB5HQAnX9-OgDgCLcB/s1600/Muslim%2B1.png
https://4.bp.blogspot.com/-wcZ4AGuTj7U/V6rduG5yCeI/AAAAAAAARZo/9BdkMVOLNNMzBbAc8hWsB5HQAnX9-OgDgCLcB/s72-c/Muslim%2B1.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/08/inilah-kisah-sebenar-berlaku-pasangan.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/08/inilah-kisah-sebenar-berlaku-pasangan.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy