Propellerads

Samseng Mengganas Di Shah Alam, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

SHAH ALAM: Satu kejadian yang menggemparkan penduduk di pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16 apabila sekumpulan lelaki dipercayai dari kumpulan ...

SHAH ALAM: Satu kejadian yang menggemparkan penduduk di pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16 apabila sekumpulan lelaki dipercayai dari kumpulan samseng telah mengganas di kawasan mereka semalam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 3.50 pagi di mana kumpulan samseng terbabit telah menetak dan menembak tiga orang mangsa termasuklah pengawal keselamatan di pangsapuri tersebut. 

Pengawal keselamatan, Mustafa Harun, 53, yang cedera akibat kesan tembakan di pinggang serta tetakan di kepala kini sedang dirawat di zon kritikal salah sebuah hospital di sini.

Selain itu, dua lagi mangsa iaitu Ismail Omar, 66, cedera di kepala akibat terkena tetakan senjata tajam manakala Amirul Ilham, 22, cedera parah di kaki kanan dipercayai akibat dilanggar dengan kereta.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kes tersebut adalah kes jenayah dan bukannya di­sebabkan faktor perkauman.
“Tak ada apa-apa. Ini kes jenayah,” katanya.
Menurut laporan awal, sekumpulan lelaki samseng itu menetak dan menembak tiga penduduk selepas cubaan salah seorang daripada mereka untuk mencuri motosikal dihalang penduduk kawasan itu.


Selepas gagal mencuri, suspek terbabit datang semula ke pangsapuri itu dengan membawa sekumpulan rakannya sebelum menyerang ketiga-tiga mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Polis juga tidak menolak kemungkinan kumpulan suspek terbabit melepaskan dua das tembakan berdasarkan pene­muan dua kelongsong peluru di tempat kejadian

Dalam pada itu, katanya, satu pasukan siasatan khas mengenai kejadian itu telah ditubuhkan dan setakat ini dua suspek berusia 20 dan 25 tahun yang berasal dari Klang telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek terbabit ditahan ketika datang ke Balai Polis Seri Muda di sini semalam untuk membuat laporan.

SILA KOMEN DISINI

Name

Agama Berita Fesyen Gambar Hiburan Informasi Macam-macam Pilihan Editor Politik Slider Sukan Video Viral
false
ltr
item
MEDIA SENSASI: Samseng Mengganas Di Shah Alam, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!
Samseng Mengganas Di Shah Alam, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!
https://4.bp.blogspot.com/-98et8YdL6Y4/V6fcFFYK4mI/AAAAAAAARPg/q7gbt8FZ4-AXoGLliOv9Jwuc9tiGVjVPACLcB/s1600/Tembak%2B3.png
https://4.bp.blogspot.com/-98et8YdL6Y4/V6fcFFYK4mI/AAAAAAAARPg/q7gbt8FZ4-AXoGLliOv9Jwuc9tiGVjVPACLcB/s72-c/Tembak%2B3.png
MEDIA SENSASI
http://www.sensasi.org/2016/08/samseng-mengganas-di-shah-alam-ini.html
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/
http://www.sensasi.org/2016/08/samseng-mengganas-di-shah-alam-ini.html
true
1739318347934855125
UTF-8
Carian dicari tidak dijumpai LIHAT KESEMUNYA Baca Selanjutnya Reply Cancel Reply Delete By Home PAGES POSTS Lihat Kesemuanya LAGI ARTIKEL YANG MENARIK TAGS ARCHIVE SEARCH KESEMUA ARTIKEL Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August Setember October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow ARTIKEL INI ADALAH PREMIUM Sila share untuk meneruskan Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy